Selamat Datang Ke blog Bicara Kata Aisyah,hope blog echa di terima di sisi masyarakat hehehe. Sila tinggalkan komen sebelum bersurai.

Saturday, 27 July 2013

Apabila hati wanita menangis


Bunga-bunga menghias blog
kupu-kupu datang semakin indah di hati
sudah kubalas dengan mesra
Adakah di sana masih sayang?

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum hamba Allah. sehat tak? puasa okay tak? stdy okay? banyak dugaan tak? harap semua okay berjalan seperti biasa, tak macam aisyah macam macam dugaan datang tapi hanya mampu senyum :D. maaf jika permulaan ayat berpantun. saja nak berpantun bagi ceria sikit muka yang ketat ney :D

Bulan yang mulia ney banyak dugaan yang aisyah terima, sungguh aisyah hampir berputus asa. Aisyah terima ujian yang Allah limpahkan, sebab aisyah tahu aisyah ney banyak sgt dosa mgkn tak terbilang dosa aisyah. yang dengki dengan saya tu sudah-sudah laa eya minta tolong sangat-sangat jgn laa dengki dgn aisyah, sebab aisyah tak ada apa2 pun nak di dengki kan. . Aisyah tak suka di benci apatah lagi membenci sesama sendiri.

Ya betul aisyah tak ada apa2 pun melainkan mamy, abah, kak mie, kak lenn, kak kina, abg tercinta dedi dan adek lelaki. dorang ada dah lebih cukup bagi aisyah. Mesti korang pelik je dgn ayat aisyah ney kan? rasa mcm tak faham pun ada kankan? maaf laa aisyah juz nak kongsi nak luahkan hati yang dah hampir berbatu ney. tapi masalah sebenarya biarlaa kita luahkan dgn DIA tu dah lebih cukup.





Dear abah empeng minta maaf :(
Dear Fmly empeng mnta maaf :(
Dear awak saya minta maaf :(
Dear kawan saya minta maaf :(

setiap kata mempunyai makna tersendiri. Alhamdulillah mungkin semua ney Allah bagi tunjuk sebab aisyah makin jauh darinya. Aisyah kena sentiasa berfikiran positif , di luar sana lebih besar dugaan yang mereka kena hadapi. Ya Allah hamba mu hanya mampu sujud syukur kepada mu. Elakkan laa hamba mu ini dari sikap dengki, tamak, mengumpat dan sebagainya. Amin Ya Rabb 


#Aisyah tidak sempurna, tegur aisyah jika aisyah silap bukan menghina dan menghakim sendiri. Akhir ayat aisyah minta maaf jika ada silap, terkasar bahasa dan sebagainya. hanya sorang wanita biasa :D

Luka terjatuh di tepi paya
Luka pula sampai melelas
kalau En/Cik bencikan saya
Tolong maafkan saja ;)


Monday, 22 July 2013

Cinta jarak jauh.


Assalamualaikum,salam ukhuwah fillah sahabat.. lama sunyi tanpa bicara kata cehh ayat macam laa blog dia harapan sangat hehehe.. sebenarnya nak cerita sikit tentang kisah cinta jarak jauh yang kadang kadang amatlaa susah bagi sesetengah pasangan contohnya macam saya yeee saya pak tulis saya laa yang angkat tangan ney yee saya laa orangnya *mohon baling liptop :P

kedah Vs sabah kekal ke? boleh bertahan lama ke? agak agak dia setia ke? agak agaknya dia jujur ke!? berapa banyak agak nak guna ney :( #semua ayat tu sentiasa bermain di fikiran.





sekarang hanya mampu berdoa, insyaAllah kalau ada jodoh tak kemana. sentiasa berdoa kalau dia yang terbaik untuk kita Allah akan satukan jgk. tapi kalau sebaliknya mungkin ada lagi yang lebih baik untuk kita insyaAllah amin ya Rabb..


Selalu jgk baca tips2 pasal cinta jarak jauh ney..huu berbunga bunga jgk laa hati apabila membaca sebab nak senang kan hati semata mata heheheh. dengan hati yang baik sekali cik bunga melur bagi anda anda semua tips2 tersebut antarannya kat bawa jemput baca para pembaca yang di hormati :*


1. Jangan Jadikan Jarak Sebagai Masalah
“Cakap senanglah” pasti ini adalah respon pertama yang akan keluar di fikiran anda ketika membaca ini. Memang sangat susah mendalaminya, tapi bukan bererti tidak mungkin. Kuncinya adalah anda perlu yakin bahawa dialah yang akan menjadi penyeri hidup anda.Bukan bermakna anda tidak realistik, tetapi apabila anda benar-benar yakin pada kekasih anda, anda tidak akan mengizinkan hal remeh seperti jarak mematahkan perasaan dan keyakinan anda.

2. Kepercayaan Di Atas Segalanya
Ketika anda sudah mempunyai keyakinan bahawa kekasih anda adalah benar-benar seseorang yang dikirim Tuhan untuk menjadi pendamping hidup anda nanti, berikanlah kepercayaan kepadanya. Kepercayaan pada kekasih adalah sebuah hal yang paling utama agar sebuah hubungan boleh berjalan dengan lancar, apatah lagi hubungan yang dihadkan oleh jarak. Elakkan prasangka buruk terhadap kekasih anda kerana dugaan dan prasangka buruk hanya akan memberi kesan buruk pada perasaan anda dan hubungan anda berdua.

3. Komunikasi sangat penting
Dalam sebuah hubungan jarak jauh, komunikasi adalah yang paling utama dalam hubungan anda. Tanpa komunikasi, hubungan anda berdua tidak akan mempunyai kekuatan diteruskan. Selalu luangkan masa anda untuk berkomunikasi dengan kekasih anda. Jika anda ingin hubungan anda berjaya, anda harus berusaha. Tetapkan masa untuk anda berdua berkomunikasi, misalnya antara jam 9-11 malam sebelum anda tidur, dan sediakan waktu itu hanya untuk anda berdua. Ingatlah bahawa hubungan bererti sebuah komitmen dan komitmen hanya akan dipenuhi dengan usaha. Apalagi dengan kecanggihan teknologi masa kini: telefon bimbit, webcam, dan sambungan internet yang memudahkan anda berdua untuk saling kenalan satu sama lain melalui sms, chatting, telefon, dan video call. Semuanya tersedia, pertanyaannya adalah bagaimana anda menggunakannya?

4. Carilah Aktiviti Untuk Mengisi Masa Anda
Menjalani LDR bermakna anda tidak boleh terus bergantung kekasih anda untuk selalu menemani anda. Ada kalanya masa anda berdua tidak sama, dan anda bosan sendirian ketika kekasih anda sedang sibuk di sana. Elakkan hal seperti ini terjadi dengan mencari kegiatan positif untuk mengisi masa anda sendiri. Ajaklah teman-teman atau saudara anda untuk keluar makan bersama, pergi ke karaoke, atau sekadar berjalan-jalan. Buatlah hobi anda seperti pergilah ke gym atau salon, membaca buku, mendengar muzik, menonton filem, membersihkan bilik, atau apapun yang boleh mengalihkan perhatian anda dari merasa sunyi. Dengan begitu, anda tidak akan merasa kesepian.

5. Selalu Update
Serapat manapun anda dan kekasih anda,jika dipisahkan jarak dalam masa yang lama, pastinya akan terasa sedikit asing. Cegah dari terjadinya “keasingan” ini, dengan selalu menghantar update tentang satu sama lain. Update boleh berupa foto terbaru anda untuk memberitahu perubahan anda secara fizikal dan penampilan, serta cerita-cerita mengenai teman baru atau pengalaman baru yang anda alami. Tidak harus setiap hari, yang penting dilakukan secara berkala.

6. Luangkan Waktu Untuk Bertemu
Bagi pasangan LDR, masa untuk bertemu tidak boleh hanya dicari, kerana sampai bila-bila masa kesibukan anda akan terus mendominasi masa anda. Buatlah janji untuk bertemu, kemudian make it happen! Berusahalah supaya pertemuan itu boleh berlaku.

               7. Elakkan Kata Putus Dalam Pertengkaran
Pertengkaran akan menjadi ujian yang lebih sukar dalam percintaan jarak jauh. Kerana dipisahkan jarak, berbagai macam gosip mengenai pasangan anda boleh menjadi isu pertengkaran. Hal kecil saja boleh menimbulkan perdebatan dan boleh berakhir pada pertengkaran. Bagi pasangan yang tidak LDR, pertengkaran boleh segera diakhiri dengan sebuah genggaman tangan dan pelukan yang boleh saling meyakinkan. Pasangan LDR? Mungkin hanya boleh memeluk telefon, atau bantal. Emosi yang meluap-luap yang bisa disampaikan hanya dengan kata-kata mungkin akan membuat anda kecewa dan ingin mengucapkan kata “putus”. Apabila anda begitu emosi, hentikan dulu pembicaraan. Berilah masa sehingga anda berdua tenang dan boleh berfikir dengan baik, baru kemudian berbincang lagi. Ingatlah bahawa putus tidak menyelesaikan masalah, putus hanya bermakna anda menyerah dan lari dari masalah anda.

Semua hubungan memerlukan usaha supaya berjalan dengan lancar. Menjalani LDR bukanlah sebuah petanda bagi anda berdua untuk berpisah. LDR merupakan salah satu bentuk ujian yang diberikan Tuhan kepada anda untuk melihat seberapa besar anda berdua bererti untuk satu sama lain, dan bagaimana anda bersedia berjuang demi hubungan anda berdua.

Akhir kata terima kasih daun keladi kerana sudikan diri baca blog keladi..harap kita jumpa lagi di hari yang lain waktu pun lain lain hehhehe :D *Trip berpantun 




Friday, 12 July 2013

Erti sahabat

Asslamualaikum. entry kali ney aisyah buat berkaitan dengan sahabat aisyah. Ramai yang ada sahabat yang baik baik, comel comel, ayu ayu dan sebagainya kan? macam aisyah jugak Alhamdulillah sahabat aisyah pun semua baik baik. syukur sebab dapat sahabat macam deorang.

Bagi aisyah sahabat adalah seseorang yang selalu ikut merasakan seperti ketika mendapat kesulitan, kesedihan, masalah maupun dikala mendapat kebahagiaan.
  
                                              #hanya mampu di taip oleh jari jemari Si Empeng :D
*Sahabatku, kita telah bersama melalui tahun demi tahun, berbagi banyak tawa dan banyak air mata, terima kasih sahabat.
*Sahabatku, jika aku tidak sedang bersamamu, dan kita terpisah, ingatlah bahwa aku disisimu, selalu dihatimu.
*Perselisihan akan reda jika salah satu pihak mau mengalah. Mengalah bukan berarti kalah, mengalah demi kebaikan adalah kemenangan.

 okay laa nak taip panjang panjang pun takut tak terbaca kan so, baik kita layan gambar yang tak seberapa ney.

#comel kan sahabat aisyah hehhehehe *angkat tangan mata juling mohon baling kayu :P
Shera,omeng, memel, me dan abby.



#
Abby and me. wah nampak sangat aku terlebih semangat hehehe :v



#shera, me, abby and omeng. tegok muka kami berempat peace yoo tak di rancang semua angkat tangan. macam tak ada gaya lain. 




#memel ohh memel wajah mu membuatkan aku terpesona. kalau korang nak tahu si memel ney laa paling gila gila aku rapat. 


#gaya omeng tengah msg dengan seseorang hehehe. 


Thanks sebab sudi baca hinggalah ayat terakhir, maaf jika ada salah tertaip, terbahasa or sesama dengannya ter. *ayat apa laa yang aisyah guna ney. patut ar cikgu mustari selalu marah BM aku selalu je gagal berbahasa :( so sad :P 

                                                                                   #  Ditaip oleh Lptop kau ada :D

Sunday, 7 July 2013

Doa Hamba Allah di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum hamba Allah yang saya sayangi.. daa sedia nak puasa? InsyaAllah aisyah pun dah sedia.. jadikan bulan Ramadhan yang bakal tiba ni satu perubahan pada diri kita. Sama-sama tarbiyah diri.

*Doa dikaitkan dengan ciri kehambaan.


Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (40:60)


Allah menjelaskan hal doa selepas puasa dan Quran dalam Surah al-Baqarah. Allah menggunakan istilah 'hambaKu' dalam ayat ini, menjelaskan bahawa jika seseorang itu berdoa, ia akan dekat dengan ciri seorang hamba:


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2:186)


Apakah natijah doa? Kalau puasa melahirkan taqwa, doa melahirkan kemampuan untuk berada pada jalan yang baik dan betul. Setiap detik langkah mendapat petunjuk atau irshad daripada Allah. Individu yang jarang berdoa akan mempunyai kemampuan menaakul permasalahan hidup yang tumpul. 

Moga Ramadhan tahun ini meningkatkan TAQWA, SYUKUR dan IRSHAD dalam diri kita.





Wednesday, 3 July 2013

MESTI BACA!!!CERITA YANG SANGAT SEDIH



MESTI BACA!!!Cerita Yang Sangat Sedih | "Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera ....
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, asyik dok berangan saja, belajar pun malas, kerja pun tak mau, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah!! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar...... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

hahahahaha....


sumber dari FB

Thursday, 27 June 2013

Bermula laa Si Dunia Khayalan !

Assalamualaikum ! Dunia baru ( blog ) kenapa aisyah berblog plak? sebabnya aisyah bosan tak ada kawan nak kongsi cerita. so, aisyah putuskan untuk buat si blog ney yang mulanya amatlaa susah di buat sehinggakan bantal jadi mangsa keadaan hehehe :D 



Cik Aisyah ketinggalan zaman rupanya heheheh, I dont care laa sayang. aisyah buat blog pun bukan atas dasar nak hot okay, aisyah nak bercerita. kang kalau nak cerita di buka muka tak boleh sebab nanti orang ingat gila plak, nak buat kat twitter lagi laa tak boleh. suda terang lagi bersuluh kankan hehehe ;)



Aisyah harap blog Si Dunia Khayalan ney tak menjejaskan awak awak semua ye :* think positive daa laa okay kawan. 

*Gambar tak seberapa pun layan ja okay :D
*tu ja laa entry kali ney. jumpa lagi daun keladi hehehe tetiba plak.